Tentang Selatan Emas Bullion
Pusat jual beli emas terpakai & surat pajak gadai yang dipercayai di Parit Raja, Johor. Urusan pantas, telus dan harga ikut pasaran semasa.
Siapa Kami
Selatan Emas Bullion ialah perniagaan yang fokus kepada pembelian emas terpakai, emas rosak, emas tanpa resit serta pembelian surat pajak gadai yang telah tamat tempoh.
Kami beroperasi dengan prinsip paling penting: harga adil, proses telus, dan bayaran segera. Setiap urusan dibuat depan pelanggan — ujian ketulenan, timbang berat, dan kiraan harga semuanya jelas.
Visi
Menjadi pusat jual beli emas yang paling dipercayai dan pilihan utama pelanggan di Selatan Semenanjung.
Misi
- Memberi harga emas terbaik ikut pasaran semasa.
- Melakukan proses ujian & timbang yang telus depan pelanggan.
- Menyediakan urusan pantas dengan bayaran serta-merta.
- Membantu pelanggan tebus pajak gadai dengan modal yang kami sediakan.
Nilai Kami
Telus
Semua proses dibuat secara terbuka dan jelas depan pelanggan.
Pantas
Urusan biasanya siap dalam beberapa minit sahaja.
Adil
Harga dikira berdasarkan ketulenan & berat sebenar ikut rate semasa.
Selamat
Transaksi teratur, rekod jelas, dan pelanggan rasa yakin setiap masa.
Kenapa Pilih Kami
Harga tinggi ikut pasaran semasa, bukan suka-suka.
Terima emas rosak, patah, putus, kemek & tanpa resit.
Beli surat pajak gadai Ar-Rahnu, bank, koperasi & pajak gadai Cina.
Bayaran cash / instant transfer terus selepas setuju harga.
Founder Kami
Zulfadhli Baginda
Berpengalaman dalam bidang jual beli emas dan pajak gadai, beliau menubuhkan Selatan Emas Bullion untuk membantu orang ramai menjual atau menebus emas dengan cara yang lebih selamat dan menguntungkan.
📲 Hubungi FounderPerjalanan Kami
Mula beroperasi secara kecil-kecilan membantu pelanggan tebus pajak gadai.
Perkembangan kepada servis pembelian emas terpakai & rosak secara konsisten.
Jenama “Selatan Emas Bullion” diperkenalkan sebagai pusat jual beli emas premium.
Nak Semak Harga Emas?
Hantar gambar emas anda sekarang. Kami semak & beri harga pantas.
📲 WhatsApp Sekarang